Kisah kelahiran Ain

Biasanya momies akan cite pasal kelahiran anak lepas beberapa minggu kelahiran, tapi saya tak pula. Insyallah Ain akan cukup 10 bulan 12 hb April ni. Malam tadi saya fikir, saya tak nak lupakan apa yg saya alami sewaktu kelahiran Ain. Detik-detik yang paling indah dalam hidup saya dan suami.

Dikalangan sahabat, kawan, mahupun saudara mara, tidak ada seorang pun tahu bila Ain dilahirkan. Yang tahu cuma mak/abah saya dan mertua, serta adik beradik saya yang tahu tarikh Ain dilahirkan yang mana ia ditentukan oleh doctor bukan saya dan suami. Ini kerana saya memilih untuk lahirkan Ain secara caesarean. Elective Caesarean.

Bukan saya tak mahu berkongsi dengan kawan-kawan keputusan yang saya teragak-agak nak buat sama ada nak bersalin normal atau caesar, tapi bila saya suarakan niat saya untuk caesar, tiada siapa yang suka/setuju. Ada kata saya tak normal, sebab wanita biasa mengimpikan lahirkan anak secara normal. Saya sangat admire wanita yg kuat untuk menahan sakit bersalin. Ada juga yang cakap kenapa nak bazir duit, kenapa nak serah diri untuk di bedah. Saya terima.

Kalau orang tanya saya bersedia tak untuk bersalin normal, yes saya sedia dari segi persiapan dan fizikal. Saya minum minyak kelapa untuk senang bersalin, saya senam untuk mudah bersalin, tapi hati dan otak saya memang tak sedia.

Pada saat kandungan 37 minggu, saya jumpa doktor. Saya cakap saya takut nak bersalin, mungkin saya stress atau memang saya ada diabetis masa mengandung (tak teruk sgtpun), blood pressure saya meningkat. Seingat saya saya jumpa doktor hari khamis 7 June 2012, blood pressure saya nak 150. Saya bincang dengan suami saya banyak kali, suami saya faham dan izinkan saya ceasar, so saya cakap dengan doktor saya nak ceaser. Disebabkan doctor bimbang blood pressure saya naik dan naik, doctor suruh saya datang hari sabtu 9 june 2012. Kalau ikutkan doctor hari tu juga saya perlu admit. Tapi saya tak nak. Saya tak isi borang cuti lagi.

Saya tak sangka masa hari sabtu ketika jumpa doctor, doctor terus bagi tarikh, Isnin petang saya perlu admit, dan Selasa pagi pembedahan saya. Terkejut sebab tak prepare. Doc bagi tarikh tu sebab tarikh selepas 12 hb June Dr tak available, dan saya tak nak sesiapa bedah saya except dia.

Lepas balik dari hospital sabtu tu, saya terus pi uni, saya isi borang cuti dan letak dibawah pintu bilik kawan saya so dia boleh pas pada admin. Then saya kutip semua report students cus  saya dah janji dengan students projects saya nak semak semua report diorang. Malam tu memang buat kerja menyemak report saja. Hari Isnin bagi saya letak report di depan bilik saya. Dan balik rumah untuk mengemas, petang dah kena cek-in.

Malam tu suami saya temankan saya, tak sampai pagi pun sebab saya suruh dia balik. Saya kena puasa malam, lepas pukul 10 malam saya tak boleh makan. Saya tak boleh tidur nyenyak pun, sebab saya takut nak menghadapi esok pagi. Takut sangat.

Saya solat subuh dan lepas tu nurse datang bawak baju untuk dipakai. Baju yang ikat belakang tu lah, dalam memang takde benda pun. Pukul 7 pagi husband datang. Saya peluk husband saya dan cium tangan dia. Pukul 8.45 saya kena sedia. Saya orang pertama yang dibedah hari tu, so tepat pukul 8.45 saya kena baring atas katil, dan mereka bawa saya ke OT. Takut sangat!!! Rasa macam pergi perang!

Pertama mereka terangkan prosedur operation. Mereka akan cucuk tangan saya untuk cari saluran darah dan nak masukkan tiub dekat tangan. Disebabkan saya mohon untuk ambil blood cord anak, darah saya perlu diambil dulu. Sakit kena cucuk saya tak rasa sebab bilik sangat sejuk dan saya sangat takut. Saya rela mereka nak buat apa pada saya, janji saya dan anak saya selamat. Saya diperkenalkan oleh pakar bius dan dia terangkan apa yang dia akan buat dekat saya.

Pukul 9 saya diusung masuk dewan bedah, katil dibawa di tengah-tengah dengan 3 lampu besar atas saya. Memang betul betul dalam dalam cite House. Pakai bius suruh saya duduk sebab dia nak injet kat tulang belakang saya. Melalui pembacaan dari pengalaman orang lain, bila kena injet tu sakit sangat, so saya sedia, saya kuatkan semangat. Bila jarum masuk saya tak lah rasa sakit sangat sebabnya, pakai bius kata belakang saya dah bengkak thats why saya tak rasa sakit sangat.

Saya dibaringkan, kedua-dua tangan saya dan dada ada wayar-wayar. Dan saya pakai mask oksigen. Saya pasrah time tu. Tangah saya mengepak, nak garu garu pun tak boleh dah.

Fungsi injection tu adalah untuk mematikan bahagian bawah badan saya. Saya tanya berapa lama selepas inject saya akan rasa kebas? 'less than 5 minutes'. Memang betul.

Ketika tu saya pun ada perasaan 'nak bangun, tak nak operate, takut'

Yang temankan saya bercakap semasa operation tu adalah pakai bius dan wakil dari orang yg ambil cord blood anak saya.

Pakai bius cakap kat saya ' Puan tak akan rasa sakit, tak kan rasa perut kena belah, tapi puan akan rasa macam di tarik-tarik'. Pakar bius pegang tangan saya dan tunjukkan macam mana doktor nanti akan tarik-tarik perut saya.

Pakai bius tu tanya saya itu ini berkaitan dengan kerja saya so saya tak rasa takut dengan pembedahan. Hati saya berdebar sangat-sangat, tapi saya cuba tenangkan diri. Kalau saya tak tenang, akan affect tindakbalas badan saya dan mungkin buat pembedahan jadi complicated. 

Melalui pembacaan saya, doktor akan belah kulit perut saya, dan akan koyakan bahagian dalam. Thats why saya akan rasa kulit ditarik-tarik. Ok saya tak rasa perut kena belah tapi saya rasa masa doktor tarik kulit saya. Tak sakit tapi saya rasa.

Lepas perut saya dibelah, seorang doktor lagi datang pada saya dan cakap pada saya 'puan saya minta izin untuk tolak sikit perut puan dari atas'. Saya mengangguk saja. Doktor tolak atas perut saja dibawah dada, tiba-tiba saya rasa macam ada sesuatu yang keluar'.

Wakil dari stemcell cakap 'baby dah keluar, siti'. Then saya dengar baby saya menangis, kecil je tanggisan dia. Saya relief, dalam hati saya berdebar nak berjumpa dengan dia. Saya tak pernah buat 3d or 4d scan untuk tahu rupa dia, saya rasa excited sangat. Then the nurse bring the baby to me, sudah dibersihkan. dia cakap 'baby girl kak'.

Then wakil stemcell cakap dia kena collect cord blood baby saya. Lepas beberapa ketika, wakil stemcell datang pada saya, dia dapat collect 1 beg darah dari tali pusat baby, darah banyak dan pekat. Then, that nurse datang pada saya dengan baby saya dibalut ' cium dia kak'...i kissed my baby for the first time, saya rasa terharu dan saya menitis air mata.

Now, doctor kena jahit balik perut saya. Pakar bius cakap ' saya akan rasa kulit ditarik bila perut dijahit'. Yes saya rasa walaupun tak sakit, tapi macam  nyilu bila fikir.

Saya masuk dewan bedah pukul 9 pagi, it took 5 minutes untuk doctor keluarkan baby, my baby lahir pada pukul 9.12 pagi, dan saya seleai pada pukul 9.26 pagi. Waktu yg singkat tapi setiap detik dalam dewan bedah saya rasa terlalu lama.

Saya dibawa keluar ke wad biasa bersebelahan dengan wad bedah. Nurses monitor my blood pressure. Perasaan saya ketika itu. Saya terlalu lemah. Seolah saya rela kalau saya meninggal dunia, sebab saya terlalu lemah. Saya mamai, saya sedar tapi rasa kosong dan pasrah.

Bila semuanya dah reda, nurse bawa semula ke wad yg asal, saya terpandang wajah suami saya, dia senyum. Dalam hati saya tahu dia kasihankan saya. Saya sempat tanya 'did you see her?' 'She is so beautiful'.

Lepas pembedahan, saya disuruh berehat, terlalu letih. Walaupun saya tak meneran tak tahan sakit macam wanita lain yang bersalin normal, badan saya sangat helpless. Saya baring, terlena. Kadang-kadang bangun. Hati berdebar-debar, bila nurse nak temukan saya dengan anak saya lagi, saya rindu, takut, excited semua  ada.

Ubat bius bertahan untuk 6 jam or so. Bila saya bangun tengahari, nurse bagi saya minum air. Kalau saya boleh terima air, thats good indicator tapi kalau saya muntah, untuk mungkin tak baik. Alhamdulilah saya Ok.

Malam selepas bersalin merupakan the most painful thing in my life. Doc pesan suruh bangun, supaya blood circulation running. But to bangun for the first time after operation is not easy.

Saya terpaksa bangun sebab saya nak terkencing. Saya call nurse 'nurse saya nak buang air kecil'. Bayangkan dari pkul 7 pagi hingga 8 malam saya tak kencing. Nak mengerakan badan rasa terlalu sakit. rasa macam perut saya di ikat ketat, kalau gerak perut tercabut. Begitu sekali saya membayangkannya.

Saya kuatkan diri untuk bangun dari baring, untuk turun katil dan untuk melangkah setapak hingga ke bilik air. Sakit nye hanya Allah yang tahu. Kalau diberi pilihan saya nak baring selamanya.

Saya duduk di kerusi tandas mula nak buang air kecil. Perasaan nak buang air tu memang tinggi. "nurse kenapa saya tak kencing'kencing. Nurse siap spray air pada bawah saya supaya kencing keluar, tapi tak keluar. Nurse cakap 'takpe kita guna tiub yea'. Saya takde idea langsung kencing guna tiub.

Saya merasai pengalaman kencing guna tiub. Malam yang sakit tapi indah bagi saya sebab saya belajar menyusukan anak saya. Dan anak saya ada di sisi saya.

Orang kata kalau caesar susah nak kurus, susah nak hilang bekas luka. Yes saya susah nak kurus, perut saya besar, tapi biarlah, nanti saya nak pregnant lagi (heheh). Luka jahitan, actually dah hilang pun.

Bercerita tentang luka jahitan, lepas operation saya tak boleh basahkan area yang kena jahit tu. Area yang di jahit tu dilekat dengan tapi. So seminggu memang saya mak sure that area tak basah. Lepas seminggu, doctor buka tape dan jahitan, even luka belum kering sepenuhnya, tapi doctor kata soon it will dry. Doctor suggest sapu minyak kelapa. Sepanjang proses penyembuhan luka, percaya atau tidak saya tak pernah tengok luka saya sendiri, husband saya yang selalu sapukan minyak, dan dia yang akan bagitau luka dah kering atau belum. Pernah saya tergaru dan berdarah sikit, tapi husband tetap bgtau tak perlu risau. Alhamdulilah parut memang tak nampak dah.

Itulah pengalaman saya melahirkan Ain.

 Even sampai sekarang ada kawan-kawan tanya samada saya lahirkan baby secara normal atau caesar. Saya jawab yang sebenarnya. Kemudian mereka kata ' setiap sakit nak bersalin tu jihat, tuhan ampun kan dosa'. Seolah-olah saya tak berjihad. Mereka pertikaikan saya rugi tak rasa sakit bersalin, kurang pahala dan sebagainya. Sangat pemperkecilkan saya. Saya dengar saja.

Saya tak berani nak luah melalu kata-kata. Kalau anda rasa anda takut nak bersalin secara operation, walaupun normal itu sakit, anda akan lalui juga. Seperti saya, saya takut bersalin normal, dan bersalin secara operation juga sakit, terutama sekali selepas operation, saya akan lalui juga. Kalau anda positive pada pilihan anda untuk bersalin normal, saya juga positive pada pilihan saya. Pahala dan darjat biarlah Tuhan yang tentukan.

Kalau ditanya lagi hari ini, saya nak baby lagi tak? Yes saya nak insyallah bila Ain dah berumur 3 tahun. Nak bersalin normal atau bedah? Saya akan pilih caesar. Who knows lagi 2 tahun fikiran saya berubah, wallahualam.
 
Menjadi seorang ibu, bukan saja melahirkan dan menyusukan tapi perjuangan ibu adalah sepanjang hayat ibu. Dan sepanjang hayat itulah jihat si ibu untuk anaknya. 



Comments

  1. Sob sob...terharunya baca cerita awak ni. Begitu ye kisahnye orang yang bersalin czer, saya tak pernah melaluinya sebab 2 kali bersalin normal. Orang selalu fikir/pandang lain macam bile dengar seseorang ibu tu bersalin secare czer, sungguh tak patut kan?

    Seorang ibu itu amat hebat. Walaupun dia dah melalui sakit dan peritnya bersalin, dia tetap ingin melaluinya lagi. :)

    Uni recently posted : Promosi Pembukaan Kedai Tupperware

    ReplyDelete
  2. part akak ckp yg rela kalau meninggal tu ya,sy tau perasaan tu.sy kalau boleh tak nak czer sebab nanti suami tak boleh teman.tapi sepanjang peknen,sy selalu ingat bersalin tu tak sakit tapi bila dah merasa,fuh!

    ReplyDelete
  3. salam kenal kak..terharu juga baca ni,. setiap pengorbanan ibu yang mengandung & melahirkan dosa pahala nya hanya Allah swt mengetahui. Syukurlah semua nya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal sis, thanks sudi baca blog sy :)

      Delete
  4. ada kawan ofis i pun dia cakap dia dapat rasa sakit dua-dua. normal dengan operate tapi akhirnya dia kene operate jugak. dan dia cakap kalau diberi pilihan dia lg sanggup operate dari normal. setiap ibu yg bersalin tu semuanya banyak pahala. tak kisahla normal ke operate :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ada reason sendiri apa yg mereka pilih.

      Delete
  5. Ya Allah, saya rasa nak nangis baca setiap bait ayat awak menulis. Saya faham dilema awak hadapi, sakit yang awak tanggung lebih dari bersalin normal kot. Ngilu sangat rasa tang awak nak bangun nak pi kencing tu. Tak tau nak cakap apa, apa-apa pun Ain akan bangga ada mama macam awak. Hope she will read this bila besar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana, saya ada baca kisah kelahiran anak awak, sy baca rasa nyilu seluruh badan. Awak memang tabah dah kuat.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts