Interesting website : Wendy Lookbook

Malam semalam, kita tak boleh tido, so just layan You-Tube sampai tertidur. Sekarang kita minat fashion pulak, so bukak You-Tube pasal fashion.

Basically kita suka cari tips yang mudah dan jimat untuk mengayakan sesuatu pakaian dengan bermacam-macam cara.

Fall in love with the You-Tube of Wendy Look Book. Dia ni kelakar jugak. Tak macam sesetengah orang macam nak kontrol. Dia ni buat video selamba jer. Dia juga ada website WENDYLOOKBOOK.

Suka tips dia yang nak bergaya tak perlu nak pakai pakaian yg baru satu badan. Contoh video kat bawah ni, macam mana nak gayakan Jeans dengan pelbagai jenis baju, kasut dan handbag. Kasut dia mahal2 jugak. Tapi kasut yg dia pilih, semua boleh masuk pakaian apa pun. Tu dah kira jimat. Kalau membeli biarlah boleh digunakan sebaik2nya. Jangan beli sesuatu dan tak boleh nak pakai banyak kali (I was like this before). Sekarang target nak berjimat cermat sikit, so kalau ada masa terluang memang suka nak cari video/blog pasal being creative bila berpakaian. Since kita ada adat dan agama, amik contoh berpakaian yang baik je, yang kurang baik pakai di rumah saja :)




Comments

Popular Posts