Gerun tengok lelaki marah

Kisah ini panas lagi...

Hari ini waktu solat jumaat, kita sempat buat facial kat area2 uni nih. Salon tu kat atas. Pas habis facial kita turunlah bawah nak balik. Masa turun tangga kita terdengar suara orang lelaki cakap kuat2, seolah2 sedang marah.

Memang plan habis je facial nak beli makanan tengahari kat kedai makan bawah. Kita baru masuk je kedai makan tu, baru kita terperasan suara tadi datang dari satu meja makan kat luar kedai tu. Dekat meja tu, ada 2 orang perempuan (umur sekitar 40an) dan seorang lelaki. Memang sah suara dari org tu! Atas meja tu adalah beberapa kertas, maybe diorg jalankan some business.

Orang lelaki tu dengan nada tinggi marah kat salah satu perempuan kat situ. Tak pasti pulak marah pasal apa. Tadi ada terdengar pasa duit...labur...menipu...bodoh..semua kata2 kesat dilemparkan kat perempuan tu. Orang2 kat kedai makan jadi diam, mungkin nak tau apa yg dimarahkan sangat. Tapi serious, kita rasa simpati kat perempuan yg kena marah tu.

Mungkin perempuan tu ada buat salah, tapi lelaki tu bleh marah2 kat kedai makan, nak tunjuk apa tak taulah. Lelaki tu kata '' Pak kal lah kat tempat public, kalau tak dah lama kau mati' Astagfirllahalzim. Dah rasuk setan org lelaki nih. Lelaki tu bangun dan tunjuk pelempang kat orang perempuan tu, sambil berkata "pernah tak ko kena lempang ngan laki ko!"

Perempuan tu try to bersuara tapi setiap kali tu lelaki binatang tu leh marah lagi. Annoying dan rasa nak plaster je mulut lelaki tu. Kita terpandang wajah perempuan tu memang menahan malu. Mungkin perempuan tu salah ke apa, tapi kalau nak marah pun, marahlah kat hutan ke kat opis ke. Tak malu sungguh. Suara org lelaki tu kuat, kita start enjin pun masih leh dengar suara dia (kete parking depan kedai makan). Seolah2 nak tunjuk satu area, perempuan tu salah.

Kita takut bila lelaki tinggi suara. Pada kita bila tak tau nak control anger, dia bukanlah org yg gentleman.

Kawan-kawan pernah tak terserempak dengan org yg bergaduh? Takotkan.

Comments

Popular Posts