I feel grounded
The simple activities bring me peace
Kadang-kadang kurang jelas apa yang mahu dikejarkan,
Menitik beratkan soal yang bukan milik kehidupan,
Kerana terbiasa dikelilingi tujuan pencapaian, perbandingan dan perbezaan,
Jadi hati dan fikiran makin hilang hala tujuan sebenar.
Hari ini, aku jadi tersentuh dengan makna kehidupan, saat aku sedang membersihkan lumut-lumut di sekitar rumah. Lumut yang semakin menebal, membuat dinding jadi hilang seri yang dulu ada. Aku tenang saat mengerjakan pekerjaan sedemikian.
Ketika aku duduk bersimpuh melayan anak, melihat mereka bermain. Aku jadi sangat tenang.
Aktiviti yang membuatkan aku duduk di bawah, aku jadi sangat tenang, tidak ada apa yang aku mahu kejarkan, dan benar benar merasa diri berada pada momen tersebut.
Maaf, ada ketika, aku mahu meninggalkan pekerjaan ku, dan hidup untuk menjadi isteri yang menyenangkan untuk suami, anak yang sentiasa bekerja di rumah untuk emak kesayangan ku dan ibu yang memberi bahagia untuk anak anak. Aku tidak mahu yang lain-lain.
Comments
Post a Comment