Pengalaman Indah..

Bersalin di Hospital Putra Batu Pahat merupakan pengalaman indah untuk kita,
Kita pilih hospital tu sebab doktornya dan kepakaran dia.

Disebabkan sebelum ini kita pernah dimasukkan ke hospital sebab ada early contraction,
So, kita dah kenal nurse-nurse kat situ,
Jadi bila jumpa diorang lagi masa kita bersalin kita rasa dah macam keluarga.

Masa masuk hospital awal minggu ke 30 dulu,
Kita terlupa nak bawa balik charger telefon,
Nurse call my husband untuk inform yang charger telepon tertinggal,
Disebabkan ada banyak lagi charger handphone, jadi kita tak kesah nak ambil semula,
Bila kita masuk hospital lagi untuk bersalin, tak sangka nurse still simpankan charger kita, terharu.

Kita masuk hospital sehari sebelum bersalin,
Masuk awal sehari pun sebab doktor nak monitor blood pressure,
Blood pressure kita menaik2,
Pada hari tu semua OK.

Selepas bersalin, memang kita flat gila, sebab bius separuh badan stay dalam 6 jam,
So memang tak rasa what happen down there, terlantar saja di katil walaupun kita sedar,
Rasa malu bila nurse tukarkan pad semua, kita tau tu normal for them tapi kita malu.
Baju pun tak tukar, memang tak laratlah nak buat apapun walaupun diri ni rasa boring sangat baring lama2. 

Teringat kita, kita tak bangun dari katil hinggalah 10 jam selepas operation,
That time memang terasa sangat nak terkencing,
So kita bagitau nurse, dia agak berumur,
Dia bawa kita ke bilik air,
Lama jugak di toilet tapi tak boleh kencing,
Nurse tadi memang tunggu depan kita sampai kita boleh kencing,
Tapi tak boleh...terpaksa kencing guna tiub,
First time pengalaman guna tiub, sakit bila nak dimasukkan tiub,
Tapi tiba2 rasa lega, sebab dah takde perasaan nak kencing,
Alhamdulilah lepas tu, dah boleh kencing macam biasa,
Kalau tak mau kena tahan kat hospital.

Now pengalaman breastfeeding pula,
Lepas kebas2 half body beransur,
The nurse bring my baby to me, time tu memang happy,
She soo small that time,
So scared nak pegang her tiny body,
Tapi nurse ajarkan how to BF,
Agak susah for me and for her too,
Tapi nurse tak paksa, diorang kept asking me to try,
After a while diorang ambil semula baby, sebab kita kena rehat lagi.

Pada hari itu, kita BF her few time jugak walaupun susah,
Pengalaman paling kita ingat, tengah2 malam dalam pukul 3pg, nurse bawa baby untuk di BF,
Kali ini dengan midwife yang pernah rawat kita dulu,
Berbual panjanglah kami tengah2 malam sambil kita BF baby kita,
Husband pulak baca buku kat katil satu lagi,
Sambil BF, midwife boleh tolong pump, sebab baby still struggle nak latching,
Midwife cakap colestrum good for baby dan tak boleh dibazirkan, so nurse feed her dengan spoon,
Dekat2 1.5jam jugak dengan midwife tu,
Dia siap buatkan milo lagi.

Nurse-nurse kat situ memang patuh arahan doktor kita,
Sebab awal2 kita bagitau doktor kita nak BF baby kita,
Ini semua pilihan, so doktor akan arahkan nurse2 kat situ, untuk tolong kita.
Walaupun susah kena cuba,
One of the nurse cakap, it's hard untuk first time mother nak BF, so eventhough doctor dah arahkan jangan bg susu formula, mereka kena gak bagi, sebab takut baby lapar, anyway takpelah janji baby tak lapar.

Pengalaman pertama kali berjalan lepas operation,
Mak oiiii sangatlah susah dan sakit,
Tapi kena gak jalan, untuk blood circulation,
Alhamdulilah dengan pertolongan husband, kita boleh jalan malam tu.

Keesokkan harinya kita dah boleh keluar,
Rasa sayang sangat nak tinggalkan hospital,
Sebab nurse baik2 dan rasa confident untuk jaga baby sendiri sebab nurses semua ada,
Siap peluk2lah kita dengan nurse2 kat situ,
Teringat kata2 diorang ' Siti jumpa lagi next year...'
Wahhh 'Mungkin 3 years lagi kot'

Walaupun ketika itu, rasa sakit, takut dan penat,
Menghadapi operation dan keadaan selepas operation, menjaga baby for the first time,
Tapi bila kita fikir balik, indahnya pengalaman itu.

Comments

  1. sis.. tahniah.. take care tau.. =)

    ReplyDelete
  2. Salam siti.. I tgh deciding nak gi putra or govt hosp. Can i email you? Nak tanye kos rawatan putra. Dr chew dah bagitau roughly 4700-5200 for czer. Kenapa siti czer ye? Dr chew suggest czer sbb last week (34w) baby breech plak.. Hehe

    I keje labuan tapi kampung mak kat seri gading :) lecturer kat uthm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...Email sy sapeaku80@gmail.com
      Oh awak dengan Dr Chew yea, kita dengan Dr Selvam.
      Kalau nak tanya apa2 boleh email kita yea. Thanks.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts