Night routine as a mother

Aktiviti malam hari agak mencabar,
Orang kata, bila baby tidur, mak pun kena tidur,
Tapi macam mana nak tidur,  program tv best-best, dengan MasterChef dan On Air,
Lepas habis program baru menyesal tak tidur, sebab kena mengepam susu dan siap sedia kalau Rida bangun.

Biasanya, lepas mandi petang, bagi susu kat Rida, biasa mak yang feedkan dia sebab kita makan malam.
Dan mak paskan kat kita sebab mak nak solat, so she sleep around 7.30-8pm.
Rida akan terjaga pukul 11 malam, tukar diaper dan bagi susu,
Malam memang kuat minum susu,
Rida tidur balik dalam pukul 12 or 12.30am.

Lepas tidurkan Rida,
Kita makan pulak, biasanya nestum or milo, pastu cek Facebook ke blog ke apa ker,
Dalam 1 jam pastu gitu kita pam lagi,
Time pam tu dah ngantuk gila, biasa tidur dalam setengah jam,
Rida akan bangun dalam pukul 2 am,
Pas 12 tengah malam Rida kerap bangun, sebab minum susu banyak so pee pee and popo nye pun kerap,
Husband selalu temankanlah sampai 3pagi.

Lepas pukul 3 pagi, mak kita bangun, so kita minta tolong mak jagakan Rida,
Thats why lah susu kena prepare, sebab mak Rida nak tidur hehe,
Biasa Rida tidur balik dalam pukul 4pagi, dan bangun semula, pukul 5pagi atau 6 pagi,
Yang tu kita tak perasan sebab kita dah tidur mati,
Tup tup kita bangun pagi Rida kat sebelah tengah tidur,
Bila nampak Rida tidur kita pun amik peluang tidur lagi sampai pukul 8pagi.

Teringat ada ketika tu kita tertidur awal
Dalam pukul 11 malam, lepas tidurkan Rida,
Jaga balik pukul 3 pagi, tu pun sebab dengar Rida nangis,
Bagitau kat mak 'Lamanye Rida tidur'
Mak bagi tau 'Ko tidur tak sedar, Rida bangun pukul 1 pagi'
Serious memang tak dengar, walaupun Rida melalak2.

Itulah rutin me as new mother so far :)

Comments

  1. mesti best baby dah keluar,kan kak? tak sabar pula nak bersalin..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baby belum keluar cabaran nye lain, tak larat membawa badan, lepas baby dah keluar cabaran lagi banyak, tapi rasa best tengok baby membesar :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts