Buku merah

Atas nasihat kawan, kita dah buat buku merah semalam..
Ada kesah disebaliknya..

Biasa kita suka share news dengan group kat FB termasuk kisah kita buat ultrasonic scanning Isnin lepas,
Then kawan tanya bila the next meeting dgn Doc..kita cakaplah doktor kata 2 bulan. Terdetik kenapa lama sgt doktor nak suruh jumpa lagi, dan doc cakap, lepas 2 bulan nantibaru kita buat buku merah, siap warning 'kalau awak pi klinik kesihatan sekarang, diorg suruh balik'
Bila kita cerita perkara ni dengan kawan dia cakap doc kita tu sunggu pelik. Petang tu jugak kita pi kesihatan dan buat buku merah.

Nurse cakap 'next time kalau awak pregnant lagi, buat buku merah masa sebulan pregnant'. Ter'geram' pulak dengan doc sebelum ni. Main suka2 je instruct kita. Kalau tak sure pun, pls lah suruh kita rujuk kat klinik kesihatan.

Masa pi buat buku merah, kita tak bawak apa2pun. Nurse tanya 'Mana sijil nikah?' Manalah kita kena bawak sijil, tapi dia bg gak buat buku merah tapi dia tak tulis lah details husband.

So nurse buat cek kesihatan, sukalah nurse sgt baik. Nurse ni agak berumur maybe mid 40s. Dalam buku merah nurse tulis all my details. Dia tanya ' awak sekolah sampai darjah berapa?' kita jawab ' sampai tingkatan 5 lah kak'. Nurse tu sambung ' lepas tu takde belajar lagi ker?' Me jawab ' adalah saya ada sekian2 degree'. Kita rasa kelakar sbb biasa org tanya apa pelajaran tertinggi awak? bila dia tanya pasal sekolah, kita jawablah sekolah sampai takat berapa (heheh).

Masa cek, alhamdulilah semua ok, BP ok, sugar Ok. So dia lekatkan sticker putih kat buku. Dia cakap kaler sticker putih maksudnya semua normal. Harap2 sampai baby ni lahirlah.

Nurse cek semua termasuk kaki (in case kaki bengkak), jari (kalau tegak kan tangan dan didapati jari getar2 maksudnya ada tyroid) dan check breast jugak. bagus nye nurse ni. Dia ajar macam mana nak cek kalau terkena breast cancer. So far, physical check kita normal.

Nurse jugak bgtau pasal pemakanan, kawalan emosi ketika pregnant. Wahh kita sukalah nurse nih.

Satu lagi yang best, nurse akan datang rumah. Sebenarnya kita tak tau pun procedur nurse datang rumah. Nurse tanya ' awak ada tak hari yg tak mengajar'. Kita cakap ' Isnin je ada kelas' Nurse 'hari2 lain awak kat mana'. Me ' kat uni jugak'. Nurse terkejut 'awak takde hari cuti?'. Me' Sabtu dan Ahad je sy free'. Nurse ' Kalau gitu kami akan datang rumah hari Sabtu. Me ' Buat apa nak datang rumah?' Nurse ' Saja nak cek awak, mmg prosedur sepanjang mengandung, kena buat pemeriksaan 4 kali di rumah'. Baru lah kita paham. Kita ingat nak set kan day untuk appoitment, tu yg beriya cite hari mengajar hari tak mengajar. Ohh rasa banyak nye tak tau.

Rasa lega dah buat buku merah. Ia macam pasport, perlu bawak kemana2. Terpikir jugak sebelum ni kalau kita pi Oz dan something happen, apa bukti kita pregnant?

Ok kalau ikutkan Doc sebelum ni dia suh saya jumpa dia lagi 2 bulan kan, my next appointment dengan doc kat klinik kerajaan next two weeks. Since kita tak available masa tu, kita set appointment lepas balik Oz.

That's all for now..

Comments

Popular Posts