First time as Uni's student

Terpanggil untuk menulis cite pasal zaman uni nih, sebab hari ini student baru start uni. Kenderaan memang banyak, family datang untuk teman anak mereka mendaftar. Dan selepas ni bermulalah minggu Orentasi.

Sapa suka Orientasi? Rasa no body suka minggu Orientasi. Kita sempat sekali je masa amik Diploma 1998, memang tak best langsung. Jadual padat, asyik dengar ceramah jer. Boring. Kalau subuh tu, pas solat, ceramah sampai ke siang. Bila ada ruang besar sikit, kita baring jer. Ngantuk sangat.

Paling yg kita tak boleh lupa, kita menangis time dengar ceramah, time tu tengahari, tetiba teringat rumah, waktu2 macam tu mesti lepak2 tengok tv. Sayu sangat time tu. Bila teringat balik, terpikir kenapa nak nangis kan time tu? Padahal jarak rumah dengan uni cuma 15minit je. Tapi tu lah, kalau abah tak amik, tak balikla kita. Naik bus pun tak pernah masa tu.

Pernah tak korang kena buli time orientasi? Kakak dan abang senior berlagak macam uni tu diorg yg punya, menyampah dengan diorang. Tak jumpalah yang baik. Kalau yang baik tak jadi fasilitator kot.

Untuk adik2 yang start uni, wlpun minggu orientasi tak best, tapi benda tu akan jadi kenangan. Untuk mereka yang dah ada pengalaman belajar di uni, share lah tip2 nak berjaya masa belajar, walaupun time tu kita bukanlah pandai sangat.

Bila tengok budak2 baru ni, terasa diri sangat tua, diorang muda mesti bawah 20-an, bestnye :)

Comments

Popular Posts