Kongsi resepi Biskot Mazola

Apa yg anda nak 'feeling' semasa makan biskot mazola aka biskot kacang?

Tentu nak rasa bila ngap je dalam mulut, melt terus tak sempat kunyah.

Saya kongsi resepinya.

Bahan bahan
1. Kacang tanah 1 cup or 250 g
2. Tepung gandum 1 cup
3. Minyak jagung (sy guna cap Vecorn )
4. Gula dalam 200g
5. Secubit garam

Cara caranya.
1. Hangatkan kacang dalam oven. Boleh juga goreng tanpa minyak. Tujuan nak bg kacang rangup dan kulit kacang terpisah.

2. Buang kulit kacang. Part nih leceh sikit. Then, kisar kacang tu. Depend on you nak halus/ sederhana/ kasar.

3. Dalam bekas masukkan kacang yg dikisar, tepung, gula dan garam. Gaul sebati.

4. Masukkan minyak untuk di jadikan doh.

5. Now,  proses membentuk biskot. Saya kepal kan kecil jecik kemudian di letak atas dulang oven. Letakkan kacang di atas biskot sebagai hiasan. Sapu kuning telur untuk nampak cantik.

6. Bakar selama 15 minutes pada api 165 degree.

7. Bila biskot dah kekuning kuningkan, bawa keluar tray dan pindah kan biskot atas para untuk anginkan biskot tuh.

8. Siap!

Kalau anda ada resepi menarik yg tiap tiap raya mesti buat,  please kongsi the recepi yea.

Comments

Popular Posts