Start counting baby movement

I'm already 27th week pregnant and sudah mula disuruh oleh nurse untuk kira berapa kali baby bergerak. No wonder, within this 2 weeks, kita perasan kenapa baby kita gerak bnyk sgt. Now dah faham, memang baby patut bergerak.

Dalam buku merah ada page untuk tick pergerakan baby. Baby mesti bergerak sekurang-kurangnya 10x dalam masa 12 jam. Jika tidak, ibu wajib ke hospital secepat mungkin.

Well, masa nurse explain about baby movement ni, kita tanya soalan yang kita rasa macam kelakar pulak. Sebabnya, kita sangat wonder why baby gerak banyak sgt.
Me: Nurse, baby saya gerak kerap, dia tak tidur ker?
(Nurse boleh gelak!!!)
Nurse: Kalau awak sedang tidur awak perasan tak awak kejap ke kiri ke kanan?tak perasan kan? Macam tu jugak baby.
Now baru tau, jangan assume kalau baby bergerak maksudnya dia sedang sedar dan nak main-main. Mungkin jugak dia sedang tidur.

Untuk checkup bulan ni, doctor sepatutnya review BSP tapi doctor tak leh review. Sebab masa doctor ada di klinik dengan masa free kita tak sesuai. Kita banyak kelas pagi, tu tak boleh jumpa. But according to nurse my BSP normal, tapi kenapa kena cucuk 4 kali lagi bulan April!!!!!!!

Nurse bagi sikit ceramah tentang susu ibu, tentang nak jaga breast. Berat badan kita dah 71 kg. BP and tahap hemoglobin pun normal. Alhamdulilah. Terima kasih kat suami mak dan abah sebab jaga kita hingga hari ni.

Selepas je balik dari klinik, kita pi beli sarapan. Sampai kat gerai, ada 1 kakak tegur, dia sedang tunggu makcik bungkuskan sarapan dia 'Seronoklah tengok awak pregnant, saya perhati dari keluar kereta jalan ke sini, nampak cantik je'. Wahhhh tiba2 rasa best, sebab org tak dikenali yg puji!!!. Terkedu tak cakap apa! Kakak tu tanya berapa bulan dan dia salam kita dan pergi. Pergerakan kita berjalan memang slow, sebab posisi baby sekarang kepala dan kebawah, dan ada pressure pada bahagian lower abdomen kita. Macam bawak bola rasanya. Ikutkan sekarang baby dah 1kg. Wahhh rasa best dapat bawak baby yg dah 1 kg ni ke hulur ke hilir :)

Itu je catatan untuk monthly chekup untuk bulan ni ;)

Comments

Popular Posts