Influenza A

Bila saya buka je blog tengok banyak kawan-kawan blogger saya yang update blog pasal demam, saya pun tak nak ketinggalan jugak. Kami sekeluarga demam. Orang besar takpelah demam boleh jaga diri sendiri tp anak demam ohhh sungguh pilunye hati.

Ain demam panas malam 26/9/2013 (khamis). Saya beri ubat demam, tak surut-surut juga demam. So tekad nak jumpa doktor pagi tu. Saya cadang tak nak jumpa Doktor kat Klinik yg biasa pergi, kita terus je ke Hospital Putra jumpa doktor Alen.

Doktor cek Ain, gelendang telinga merah, tekak merah, then ambil sampel hingus Ain. Doktor ada satu ujian (memang macam pregnancy test, akan keluar 2 line merah), doktor put Ain's hingus pada test kit tu, dan keluar dua line tu, positif Influenze. Doktor cakap 'Ain masuk wad'. Suhu Ain masa tu 38C. Saya tanya kalau tak masuk wad tak boleh? Doktor kata bahaya, boleh jadi sawan (doctor cina pun tahu bab bab sawan ni). Sehelai sepinggan Ain masuk wad.

First Ain kena ambil sampel darah, dan kemudian buat saluran untuk masuk Ain. Ohhh Ain menangis sangat kuat. Tangan berbalut. Kena masuk Ain sebab baby biasanya bila sakit mereka tak suka minum air, so bila masuk Ain untuk elakkkan dihidrasi, dan untuk masuk antibiotik. Ain walaupun tengah tak sihat tapi aktif, dia pelik napa tangan kena balut tak leh gerak gerak. Ain juga kena makan ubat, banyak ubat sekali sesi 5-6 ubat, huh nasib nurse tolong.

Mama dan papa Ain temankan Ain all the time. Barang keperluan Ain, atuk dan nenek yang hantarkan. Ain cope well masa di hospital, cuma bila nurse datang dia nangis. Malam tu Ain tidur agak nyenyak, cuma bangun sekali sekala untuk susu atau time kena makan ubat. Malam tu suhu ain turun jadi normal.

Kalau ikutkan Ain kena warded 2 malam, tapi Ain dah bosan sangat. Petang keesokkan hari nye nurse dah cabut tube air kat tangan ain. Lagilah Ain aktif dah boleh jalan-jalan. Tapi jalan dalam bilik jer. Kalau nak keluar kena pakai mask sbb kes Ain kena isolate dari orang. Ain memang tak nak ah pakai mask tu. Hari kedua tu memang mencabar jaga Ain sebab dia boring, dia nak keluar. Kami slow talk dengan doktor bagi ain keluar, sian, time doktor datang, boleh plak Ain cakap 'BABAI...BABAI' sambil tangan buat babai. Doktor takut Ain demam lagi dan nak monitor. Kami yakinkan doktor kami akan monitor Ain. Doktor izinkan lepas tengok condition Ain yang makan/minum dan aktif macam biasa. Doktor bekalkan ubat yg banyak untuk Ain.

Masa kat hospital, kami didatangi oleh orang dari kementerian kesihatan sebab diorg dapat info pasal Ain. Ain positif Influenza A

Ain akan jumpa doktor Sabtu nih dan masa tu mungkin Ain akan dapat satu lagi vaksin untuk Inluenza. Vaksin ni pun saya baru tahu masa Ain sakit tu ari. Sebab nurse tanya Ain pernah dapat vaksin influenza tak? Bila cek balik buku, memang vaksin ni tak termasuk dalam jadual vaksin Ain. Then they told, pihak hospital biasa akan offer untuk vaksin nih. Penting sgt vaksin nih bila ia ada kaitan percengahan untuk H1N1, avian flu, semua tu kategori Influenza. Penting sebab effect dia ke paru-paru.

Ain semakin pulih, aktif macam biasa. Semoga Ain dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya. AMIN.

Comments

Post a Comment

Popular Posts