Congo bars

Weekend lepas saya sempat baking, actually sebelum berjaya sesuatu yg tak best telah jadi. My first attempt wasn't success lah. I bake at the middle of the night, dan terlupa level api untuk oven sepatutnya 'both' tapi 'bottom' so bahagian bawah kek dah hangus, memang tak boleh nak makan.

So the next day saya cuba lagi. Kali ni jadi.

Actually kenapa saya buat Congo bar sebab saya pernah tempah Congo bar tapi harganya mahal, so I decided buat sendiri.

Bahan bahan
1. 2 cawan gula perang
2. 2/3 salted butter (cair suhu bilik)
3. 3 telor (dikacau)
4. 2 1/2 cawan tepung gandum
5. 2 1/4 sudu kecil baking powder
6. 1/2 sudu kecil garam
7. 1 or 2 cawan chocolate chips
8. 1 cawan badam yg dipotong kecik2

Cara membuatnya
1. Pukul butter dan gula sampai sebati
2. Letak telur dalam sebatian butter dan gula tadi
3. Semasa ayakkan tepung campur sekali baking powder dan garam
4. Masukkan campuran tempung tadi dalam campuran butter
5. Bila dah well mixed, baru masukkan chocolate chips dan badam
6. Make sure pan/loyang saya sapukan butter, dan tabur sikit tepung
7. Adunan yg saya buat tadi agak sticky, so letak tepung pada tangan untuk ratakan adunan dalam loyang.
8. Saya bakar pada suhu 170 C, lebih kurang 30 minit.
9. Nak tau bila masak, saya tengok atas adunan dah mula keras dan bila cucuk dengan lidi, lidi bersih. Kek tadi memang lembut di bahadian dalam.
10. Keluarkan untuk sejukkan kek tadi
11. Sebelum betul betul sejuk, better potong kek tadi jadi macam bar. Kalau potong time kek dah sejuk, mungkin potongan tak nak elok.

Kek yang saya buat ni hanya guna separuh dari bahan-bahan yang saya tulis tadi. Dapat banyak juga.
Gambar sebelum masuk oven

Dah siap!

Dah siap potong

Tapau untuk bagi kat adik beradik!
My husband puji Congo Bar sedap!

Sedikit Nota:
- Tak semestinya boleh guna coklat chips, boleh ganti dengar coklat bar yg dihiris (ni saya tengok resepi dari Martha Steward),  any kind of nuts, nak letak raisin or dry fruits pun boleh. Oh saya nak try guna kelapa kering!
- Congo bar ni dikira macam brownies juga.
-Mengikut makcik Martha Steward, buat kek nih jangan pakai hand mixer yea, guna tangan saja!

Ok Selamat Mencuba.
Let me know your version of Congo bar pula yea.

Comments

  1. hurm cedap nie..da lm nk try wat tp bila pndg oven pndg yaya xjdla..
    tkut congo bar tah kemana ank yg dok lam oven..hewhewhew

    ReplyDelete
  2. sedapnye..mimi mmg suka msk..tp bila duk umah kelam kabut ngan anak trus cancel baking2 ni..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here, sy duduk dengan mak, tu yg mak boleh jagakan.

      Delete
  3. Sayapun ikut macam Makcik Martha Sreward,haha..guna tangan je,tak guna mixer..gulapun sy kurangkan sket

    ReplyDelete
  4. Sy punya congo bar kering...kenapa ye?leb8h senang berderai bila sejuk. Adakah sbb sy guna oven gas?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts