Bestnye dapat urut

Bila kali terakhir saya berurut? Masa berpantang! Itu pun cuma 3-4 kali je urut.
Dah lama saya sakit- sakit badan. Siapa yang bergelar 'mama' taulah, bila menyusukan baby, bila mengepam, bila dukung baby, banyak kegunaan tulang belakang nih. Sometime memang rasa letih.

Saya dah tak tahan semalam, so saya sempat curi masa pergi urut dekat Salon Muslimah. Memang dah biasa ke sana sebelum nih cuci muka (sebelum saya pakai Nour Ain, sekarang tak perlu sebab muka takde masalah, chewahh), kadang-kadang gunting rambut. Kali ni minta kakak tu urut badan saya.

Bila je kakak tu urut belakang saya, huhh terasa memang keras dan kakak tu cuba lembutkan biji biji angin kot! Lama gak saya urut dalam 1 jam 30 minit. Urut satu badan. Kakak tu cakap badan saya keras, di belakang badan, kaki dan tangan. Dia kata nih urat letih, so dia lembutkan kasi relax. Memang berbaloi.

Kakak tu cakap masa dia berpantang dia urut 20 kali. What???Saya urut 3 kali je heheh.

Kelebihan mengurut adalah untuk buat pengaliran darah lancar, relaxkan muscle, menaikkan badan (bukan berat badan yea) tapi kan badan kita jatuh due to gravity so mengurut ni boleh menaiikan apa yg turun.
Lepas je urut saya rasa badan tak sakit, rasa lebih relax, paling best bila bangun pagi badan tak sakit. Sebelum nih badan saya sakit bila bangun pagi, lutut dan tumit rasa bisa-bisa. Alhamdulilah lepas urut rasa sedap je badan nih.

Kalau ada duit lebih dan masa nak urut dua kali sebulan (hohoho!) atau sekali sebulan pun memadai, bukan lagi sekali setahun.

Saya rasa segar bugar pagi ni lepas urut Sayang my Ain

Comments

  1. Saya memang suka berurut. Baru2 ni kene urut sebab peranakan jatuh. Sakitnya Tuhan jelah tau, nak berjalan pergi bilik air pun tak boleh. Duduk kat kerusi pun rasa sakit yang amat. Bila urut dengan bidan, katanya memang peranakan jatuh, ke sebelah kanan bawah. Lepas dah urut, baru rasa lega, boleh jalan dan duduk dengan selesa. Alhamdulillah.

    Recent post : #1 Contest My Story, My Life - Mudahnya Mengemas Rumah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts