Serba tak sihat

Hari raya sepatutnya makanan yg dimasak emak buat kita rasa nak makan sampai pengsan, tapi kita tak sihat dari dua hari sebelum hari raya dan semasa hari raya.

Dua hari sebelum raya- kita kena demam, demam susu (hehe). Demam dalam 1 hari 1 malam. Badan tiba-tiba tak sedap, part B tu sangat-sangat sakit. Seram sejuk malam tu. Selera nak makan pun kurang.

Satu hari sebelum raya- bila demam susu dah baik sikit, kita pi ke mall malam raya sebab nak beli kasut raya. Dah 11 bulan kasut tak berganti, tapak pun dah nipis. Masa kat mall kita dan husband memang suka beli frozen yogurt (lebih sedap dari Tutti Fruti), masa tu husband cakap rasa yogurt tu macam lain sikit. Tapi tekak kita rasa sama jer. Lepas few hours my husband ngadu sakit perut. Me pulak rasa lepas lama tu. Ditambah masa join family buka puasa, kita bantai ayam masak merah jiran bagi. Terus cerit berit, sakit perut sampai hari raya.

Masa hari kedua hari raya, tiba-tiba dua-dua belah tangan naik bintik-bintik. Takde idea pun sebab apa naik bintik tu. Sebab kita tak kemana raya ke-2 dan makan makanan yang mak masak saja. Makan citrezen untuk elakkan gatal-gatal tapi bintik-bintik makin banyak keessokan harinya. Dua kali kita makan citrezen tak baik-baik. Nak cari klinik time raya tak bukak pulak. Masa raya ke-4 baru klinik bukak, doctor bagi injection kat punggung. Amik masa 2 hari jugaklah bintik dan gatal2 nak surut. Doc bagi ubat alahan, tapi ubat tu memang mengantuk. Bayangkan dari raya ke-2 hingga raya ke -6, kita telah ubat alahan yang memang buat kita mengantuk. Kerja kita cuma pam susu dan tidur saja.

Selera makan pulak takde, masa tu badan turun 3 kg hehe, best betul. Tapi laparlah cuma takde selera nak makan. Alhamdulilah raya ke 7 baru ada selera nak makan dan badan pun naik sikit. Kesan dari demam dan alahan, anak kita pun bantai banyak tidur sebab kita makan ubat kerap.

Comments

  1. dah lama bersalin pun boleh demam susu juga ya kak?sy ingat kita cuma demam masa baru bersalin jer..take care tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kita dah 3 kali demam susu, biasa jadi kalu skip pumping session :P

      Delete

Post a Comment

Popular Posts