Hari Raya 2012
Alhamdulilah, sebulan berpuasa umat Islam sekali lagi dapat menyambut Hari Raya.
Untuk Hari Raya kali ini, sesuatu yang sangat berbeza untuk kita dan suami dengan kehadiran anak,
1st Syawal Ain Rida baru berumur 2 bulan 1 minggu.
Betullah orang cakap kalau dah ada anak, kelengkapan diri sendiri dah kurang,
Kepentingan adalah pada anak,
Ain Rida ada 13 baju baru, itupun ada beberapa helai kita tak basuh lagi.
Sampaikan mak kita cakap ' Asyik beli baju anak, barang sendiri pun tak beli'.
Walaupun dah buat list untuk barang sendiri, tapi kalau dah sampai dekat mall dan nampak baju budak-budak kecik, terus lupa barang sendiri.
Seperti biasa, pagi raya mesti sediakan kelengkapan suami untuk pi solat raya, kelengkapannya cuma baju melayu dan songkok jer.
Ain Rida pulak tidur banyak pagi tu,
Susah nak bangunkan dia tidur,
Ain Rida punya baju kaler grey sama macam papa dia,
Ain Rida dengan baju rayanya...entah-entah dia pun tak tau hari tu hari raya
Sepanjang bergambar, Ain Rida tidur je. Mama punya baju out of theme. Next yearlah baru baju sama.
Lepas gambar-gambar, kami pergi rumah nenek. Agak cucu derhaka jugalah kita ni, tak jumpa nenek dekat setahun, padahal rumah nenek cuma 30minit jer. Lagi-lagi time pregnant lagi lah malas nak balik kampung. Insaf bila tengok nenek dah tua, nenek teringin nak tengok cicit dia. Sepanjang perjalanan rumah nenek, Ain Rida tidur jer, kat rumah nenek pun dia tidur. Boleh pulak dia memberak banyak2 masa kat rumah nenek. Mak kata kalau boleh berak maksudnya dia kerasan duduk rumah nenek.
Nenek jumpa cicit
Itu saja aktiviti raya pertama bersama Ain Rida :)
cepat masa berlalu..ain rida pun dah besar.. :)
ReplyDelete