Dah terkey-in, kena bayar jugak!

Kita merasakan most of us pernah mengalami situasi yang kita alami bila pergi ke restaurant2 yang banyak branchnye di Malaysia.

Sometimes I feel I did not have a right as a customer pun. Contohnya; few days ago we went to Pizza Hut. We ordered few menu. Selepas lama menunggu, that time air dan ada menu sudah sampai and we already dah start eating, the waiter came to us 'Maaf kak, satu menu yang akak order dah habis'. Kita kata ' Kalau gitu takpelah'. The waiter sambung 'Tapi kak, akak kena order benda lain sebagai ganti'. Kita sambung 'Apasal pulak kena order menu lain, yg nak dimakan takde, kenapa kena makan menu lain'. Waiter pun sambung ' Sebab saya dah key in dalam sytem, tak boleh nak cancel'. Nak tak nak kena gak order menu lain.

Cerita kedua pula, kami ke RasaMas sebab kita sangat nak makan Bubur Ayam. Tunggu 15 minutes bubur pun sampai. Bentuk bubur memang horrible. I called the waiter ' Dik, kenapa bubur ni rupanya lain tak macam dalam gambar or bubur yg biasa2'. Waiter tu cakap 'Tak tau kak'. Boleh waiter cakap gitu, dah kerja situ kenapa tak tau pasal menu. Geram. Kita sambung ' Cuba tengok bubur ni, macam letak air panas dalam nasi, ada nasi ketul2, dan memang berair betul'. Waiter tu ambil semula bubur kita. So kita ke kaunter. Kita cakap kita tak makan bubur tu sebab bubur tu macam letak air, kita rasa macam ditipu. Casher tu pun minta maaf. Bila dia kira, kita cakap 'Kita tak nak bayar untuk bubur tu'. Casher tu cakap ' Maafkan dah masuk dalam system'. Kalau ikutkan kita malas, tapi husband kita dah hulur duit kat casher tu. Geramlahhh.

Apa masalahnya kalau cancel order? Dan order yg dicancell tu sebab menu tu takde or menu tu tak macam yg sepatutnya. Salah pelanggan ke? Nak minta pelanggan bayar jugak. Pekerja-pekerja ni takut kena marah ngan boss sebab mungkin bila buat pengiraan akaun tak setara dengan order diterima. So, pelanggan lah kena bayar.

Disebabkan rasa tak puas hati, ni yang nak buat comparison semasa kita duduk oversea dulu. Customer always right. Nak cancell order pun tak per. Takdelah istilah-istilah dah terkey-in dalam system. Kalau order salah, mereka akan gantikan order yg baru, kalau kita still nak lagi menu tu.

Korang pernah tak alami perkara yang sama? Apa korang buat.

Comments

  1. kalo sy,biar gaduh..sy xkan bayar jugak.tp so far,x pernah terkena gitu la..

    ReplyDelete
  2. eee...stressnya kalau kena camtu. But I think kat restoran² biasa je jadi camtu. Restaurant yang mahal² tak macam tu..memang layanan and service terbaik. If it happens to me, memang I won't pay for something that I don't eat. Kalau nak call polis, call lah. Kita tak makan, buat apa nak takut. **huh..ter-emo pulak..hehe**

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts