Isteri-isteri PM Malaysia

Hari ini sempena menunggu dapat simulation result, kita saja-saja check on Wikepedia tentang isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia. Bermula dari Tun Dr Hasmah, Tun Endon, Jeane Abdullah dan akhirnya Rosmah. Pencapaian mereka di letakkan dalam laman tersebut.

Pencapaian yg paling membanggakan buat Tun Dr Hasmah sebab beliau banyak beri sumbangan pada meningkatkan taraf kesihatan golongan wanita dan juga kanak. Beliau merupakan doctor wanita Melayu pertama di Malaya. Beliau juga wanita pertama dilantik menjadi Pegawai Kesihatan di Jabatan Ibu Mengandung dan Kesihatan kanak2 dan kemudian dilantik di peringkat negeri bagi jabatan yang sama. Banyak pengiktirafan yang beliau terima dari dalam dan luar Negara dalam bidang kesihatan. Sangat berbangga dengan beliau.
Perwatakan dan pembawakan diri beliau sangat bersederhana dan low profile.

Tun Endon pula terkenal dengan sumbangan beliau menaikkan mutu batik negara.

Sumbangan Jeane Abdullah tidak lah begitu banyak diceritakan di Wikipedia.

Berlainan pula dengan Rosmah, di wikipedia menceritakan tentang perihal perbelanjaan beliau dan dominasinya terhadap suaminya. Paling lucu menceritakan kelibat Rosmah dengan beg dan assesori berjenama beliau. My God memalukannya. Tak kurang juga penglibatan beliau dalam pembunuhan Antartuya dan kes Anwar Ibrahim.

Comments

Popular Posts