Muslim Indian Weeding

Walaupun Islam, budaya India tetap kuat dan perkahwinan adalah sesuatu perkara yang sangat penting. Kita selalu dengar kan dalam tv, pihak perempuan perlu beri hantaran pada pihak lelaki. Hantaran bukan calang-calang.

Untuk majlis bertunang sahaja dah dapat motor besar. So bayangkan untuk perkahwinan apa yg pihak perempuan berikan? Terkejut juga pengantin perempuan berikan seluruh kelengkapan rumah. Contohnya, mesin basuh, peti sejuk, almari beserta isi dalam almari , set bilik tido, sofa, meja makan dll. Tak lupa sebiji kereta tujuh orang boleh masuk. Banyak kan? Dan pihak keluarga lelaki pula beri beratus2 baju, kita tengok dalam almari diorg dah macam masuk kedai baju. Dan sekilo barang kemas. Banyak kan? Tapi itula realiti perkahwinan di India. Keluarga perempuan akan sediakan semua kelengkapan untuk mulakan hidup baru di rumah keluarga lelaki.

Weeding event macam dekat Msia jugak, ada nikah dan reception. Cuma tambah 1 acara sehari sebelum nikah, ada majlis di mana pengantin lelaki kena lumur dengan tumeric. Lepas tu, semua keluarga suami include me duduk atas kerusi, dan saudara mara lain beri restu. Lepas tu, semua pi ke hall untuk acara terakhir untuk pihak lelaki. Kita tak bleh proceed dengan majlis tu sebab sembelit !! Tapi majlis tu sangat fun.

Upacara akad nikah

Me with the bride, the lady with green sari is my mother in law and purple sari is my aunty

Sedia maklum, lepas kahwin, pengantin perempuan wajib duduk di rumah mak mertua. Selama 5 kali jumaat, the bride akan dilayan seperti puteri, dia tak boleh jejak dapur or buat kerja rumah. Dia perlu pakai pakaian yang cantik walaupun dalam rumah. Tapi tradisi ni agak flexible, in case ada sebab2 tak dapat dielakan, boleh diringankan.

Tiba2 kita teringat masa kita kahwin, sehari selepas kahwin kita terus tolong mak kita kat dapur, bila mak mertua nampak terus dia tegah. Padahal perkahwinan saya kat malaysia, patut tak valid kan?hehe untuk jaga hati dia kita pun tak masuk dapur bila mak mertua ada. Nasib mak kita faham.

Culture ni baru bagi kita dan take time untuk kita adsorb. I'm happy to share with my readers :)

Comments

  1. ha?????!!!! 5 kali jumaat dilayan macam puteri... waaaaahhhh.... bestnye!!!!!

    teringat hum dil de chuke sanam... masa mak aishwarya pergi melawat aishwarya kat rumah mak mertua dia masa bru lepas kawen dan mengamuk sebab aishwarya tak berhias cantik dan rambut biar menggerbang... oooo... patutla... hehehhehehe

    ReplyDelete
  2. Kita tak pernah tengok movie tu..tapi macam tula tradisi orang sana...pas 5 kali jumaat jadi puteri, kena buat kerja rumah di rumah mak mertua tu...

    ReplyDelete
  3. tiba2 saya jatuh hati dengan blog ni... amazing! Eh u dapat apa masa kawin dulu? *tetiba tak semena2 nak menyibuk*

    ReplyDelete
  4. Kak Ayl- since masyarakat melayu, pihak lelaki bagi hantaran pada pihak perempuan dan masyarakat India pulak, perempuan bagi pihak lelaki, utk be fair, saya dan suami tak bagi apa2, sekadar hadiah, dan barang kemas sikit2 jer :). Thanks sudi baca blog saya. Lain2 belanja sendiri.

    ReplyDelete
  5. kak ct..best nye dapat g berjalan..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts