Pump spare itu penting

Minggu lepas, kita diduga dengan pump manual Avent tak berfungsi. Happen di tempat kerja pulak tu. Masa tu tak boleh nak detect apa masalahnya. Sampai rumah, kita tukar pump punya diaphragm. Tak selesai juga masalahnya. Tension macam nak menangis (dah menangis pun). Cuma tenangkan fikiran dan tukar lagi part pada pump iaitu dia punya valve. Alhamdulilah selesai masalah. Rupa-rupanya valve yang sebelum tu terkoyak. Sebab tu takde suction.

Inilah valve manual avent. Valve dan juga diaphragm memang ada disediakan extra masa beli pump.

Minggu ni kita diduga lagi. Pump few times, ada suction tapi susu tak keluar. Pelik tak pernah jadi pun sebelum ni, kita dah guna pump ni 4 bulan. Sedih sangat. Try banyak kali, sekejap Ok kejap tak OK. 

Kepala memikirkan kenapa yea jadi gini? Me kurang tidur ke? Ada in 48 hours me tidur cuma 7 jam jer or breast tersumbat tak boleh keluar susu. 

Semalam, kita balik dari kerja bawa balik susu dalam 1 oz jer. Balik jer rumah kita terus mandi air suam, dan pump guna miPump double electric. Alhamdulilah susu keluar macam biasa. 

Pernah terfikir nak jual pump the first year atau nak beri kat orang, tapi asyik tertangguh. See apa jadi ada kelebihan, time kritikal, pump first year ni penyelamat keadaan. 

Dah lama kita tak guna pump miPump sebab bila double pump, kita duduk static dan buat belakang sakit. Thats the reason kita tak buat double pump. Padahal kita boleh jer guna bateri tapi kita tak nak. 

Sekarang di tempat kerja kita jadikan pump ni as single pump, and guna milk collector Madeela, so badan tak lah static. 

 miPump penyelamat keadaan

For me, spare pump mesti ada sebab keadaan yang tak diduga mungkin akan berlaku pada kita. Tak kesahlah pump tu mahal atau murah.  Tengah fikir nak beli satu lagi pump....sebab spare part pada miPump takde, so kalau rosak, tak boleh pakai. Harap ada rezeki nak beli 1 pump lagi.

Comments

  1. Akak dulu ada 3 pump. Medela harmony, Avent yg manual dan Medela bateri tu. memg kena ada spare. Salah satu sebab, satu pam boleh buat akak boring. Hehehehe... Tp alasan paling baik ialah bila keadaan tak terduga berlaku, spare pump ialah jawapannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah kak kalau pakai 1 jenis pump jer boring ..

      Delete
  2. betull..mmg kne ada spare..memula i guna spectra3..tp at first tak bole sbb rasa corong dia kecik sangat..tak kuat suction..haha..bole x camtuh??
    pastu i guna unimom manual..lmbt sketlaa..tp puas pam..
    tp lama2 tuh back to spectra 3 blk sbb double pumping lg cpt dr sblh2..n ok jehh plak..
    lg satu, nasib baiklah kat my ofis nih ramai yang guna spectra 3..at least kalau ada tertinggal gadget boleh pinjam2..hehehe..mmg slalu tertinggal valve tuh..mnde kecikkan..
    n unimom plak..pnah tertinggal dia punya stick/handle untuk pam tuh..kne improvise..carik garfu kat pantry n kemik2kan dia sket so dat bole suck..hahaha..memoriess...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spectra quite popular brand kan? Thanks sharing your stories with me :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts