Pernikahan adik

Adik lelaki kita nikah pada 3hb November, Sabtu lalu. 
Majlis pernikahan dijalankan sebelah malam.
Hantaran dari pihak lelaki 7 dulang, dibalas 9 dulang dari pihak perempuan.
Kita sekeluarga buat hantaran yang serba simple.

Kita pakai baju kurung biasa
kain nye agak mahal tapi tukang jahit buat agak cincai boncai
2 baju kita tempah untuk majlis perkahwinan adik
baju lagi satu lagi horror
Tudung yang kita pakai harga RM18 jer tapi selesa


Sebahagian rombongan dari pihak lelaki
 Dua orang saksi dibawa oleh adik, yang sorang tu pandai ilmu-ilmu ghaib, kagum!

Adik dan Anas sebelum lafaz nikah
 
Acara akad nikah- adik dapat Tok Kadi yang serious sangat, mungkin sebab orang tua kot tu yang ikut buku sangat. Tok kadi ni suka bercakap tapi macam tak best pun dia cakap hehe
Masa Tok Kadi baca apa tah, suasana senyap je, boleh pulak Ain ber 'uuuu' uuuu'
Alhamdulilah dengan sekali lafaz, semuanya selamat.

Time ni agak kelakar..Tok Kadi suruh bayar duit mas kahwin RM22 tu, tapi adik kita mungkin lupa nak tukar duit so bagi duit besar. Tengok adik bagi duit macam bayar barang kat kedai runcit jer, yelah adik kita ni bukan mesre pompuan hehe

Bacaan takliq
Gambar bersama pasangan pengantin, kita kelihatan gemukkan?Sebenarnya baju kembang kena kipas hehe, tengok Ain tu dah tukar baju tidur :P

More pictures to share sooon

Comments

Post a Comment

Popular Posts