Lepas satu satu

Sejak minggu lepas dah 2-3 kali rasa tertekan dengan kerja. Pertama berkaitan dengan FE model. Supervisor tak suka model aku dan minta aku betulkan. Masa dia cakap, aku totally blank sebab sepanjang aku study bab2 ni tak pernah aku come across benda yg dia cakap tu. Dia nak suruh buat mcm patching element dekat 3D model. As far as I know, kalau 3D mesti semua kena solid element, and at least ada 8 nodes, mana ada patching2.

Balik rumah terus tertekan. 2-3 hari tu aku tak sentuh pun pasal FE. Tetiba hari Jumaat tu aku nak sentuh sekejap, tried to find solution from developer punya website. Tak sangka ada 1 orang tu face benda yg sama. Nasib la aku tak tanya soalan lagi. Dan bila cuba, yeahh it works. Rasa tu rasa akula org paling pandai di dunia. Rasa mcm nak telepon SV cakap saya dah leh buat. Tp kena buat from scratch la, tp sebab dah tau jadi kejap je buat.

Hari ni cuba tunjukan model tu kat sv, dia pun tak sangka aku leh buat. Dia cakap you discover alot of thing, i said yes, i discover it late, dia ckp its ok. Dia lupa ke aku tinggal sebulan lagi. Tapi 1 benda yg aku tau dia tetap bagi kepercayaan kat aku.

Tapi hari ni bila semua ok, satu benda tak ok, aku tak boleh nak run the program. Sebabkan terlalu besar sgt deformation, and software tu tak leh nak teruskan calculation. Supervisor suh buat dengan masukan value dari kecil ke besar, kalau tak jadi suruh cuba tukar material model utk concrete.

Down mmg down, tp nak wat mcm mana, kena cuba apa yg dia sarankan. Dan aku nak diam2 tanya kat developer software tu kalau diorg leh suggest something utk aku.

Sv sangat cool bila aku cakap aku takot tak siap, sebab ada lagi experiment yg tengah run. Dengan selambanya dia cakap you buat je thesis tu, then data yg nak last tu tinggal insert je. Ayoo, insert tanpa analysis ker. Aku tak caya. Buat aku susah hati.

Dengan masa, dengan FEA, dengan eksperimen, aku rasa nak menangis setiap masa. Nini pun sekarang dah pandai ajuk, dia wat2 menangis, then aku tanya napa? dia cakap that's how u talk when u crying. Sebab masa aku menangis tu aku jugak mengadu.

Comments

Popular Posts