Hadis Qudsi yang indah

 Allah berfirman kepada Nabi Daud a.s
"Hendaklah engkau merasa tenang bersama Ku dan merasa sedih bersama selain-Ku"

Ternyata kata-kata di atas amat menenangkan jiwa yang bergelora. Kerana segala yang berlaku semua atas ketentuan dan keizinannya.

Sebelum roh ditiupkan dalam janin manusia, roh itu sangat mengenali Penciptanya. Selepas manusia itu lahir, seakannya manusia lupa janji yang pernah di buat oleh manusia kepada Penciptanya. Jadi di pertengahan usia, manusia semakin lupa, yang kebergantungan tu sudah selain Allah. 

Sewajarnya ujian itu datang untuk menyedarkan manusia, berbalik lah kau kepadaNya.
Mudah -mudahan kau tidak lupa untuk tetap teguh di sisiNya untuk dua hal yang bersilih ganti berlaku dalam hidup, ketika kau rasa payah dan ketika kau rasa senang. 

Allah itu amat menyayangi hambaNya.

Comments

Popular Posts