Crowning -Part 1

Finally I decided to do crowning for my front teeth, itupun selepas rasa gigi mula goyang. My front teeth pernah terpecah sedikit, bukan sebab jatuh, tapi sebab gigi depan tu nipis. Sebelum melahirkan akhir adalah kali terakhir gigi tu pecah (Entry INI)  2 tahun selepas tu saya rasakan ia akan pecah lagi. This time saya decided nak buat crowning.

Hari Khamis 30hb January appointment with dentist dekat Pura Kencana. Klinik panel tempat kerja, jadi ada potongan. Dua hari sebelum tu saya pergi ke klinik untuk tanya pasal crowning, al maklum first time. Doc amik sampel gigi saya yg tekap kat rubber, tak tau nak panggil apa.

Tiba hari yang ditunggu, part paling sakit ialah time kena inject untuk kebaskan mulut. Two parts, one gusi gigi depan, second belakang gigi depan. Sakit! Tapi Doc bagi satu gel kebas, untuk minimise rasa sakit masa inject. Dalam 5 minit mulut saya dah kebas. Dan bermula lah proses pemotongan gigi. Memang saya tak rasa sakit, Doc pun buat gentle jer.

Lepas Doc potong gigi saya sikit bertujuan untuk masukkan crown nanti, saya rasa pakai lidah, gigi ku lucu. Doc offer cermin kotlah saya nak tengok. Oh No! Taknaklah tengok gigi ku kecik dah. Then doc ambil sampel gigi (keseluruhan), tujuan untuk dihantar ke lab untuk dibuat crown tu lah.

Rasa kebas tu sampai ke hidung, rasa hidung kembang semangkuk.

Untuk cover gigi depan yang mengecil, 3 batang gigi yea, Doc buat temporary gigi. Gigi tu digam, so memang kena jaga makan takut tercabut.

Dua tiga hari memang saya rasa tak selesa, seolah-olah gigi besar dan rasa nak cabut gigi tu. My lidah dok tolak tolak gigi tu sebab tak selesa. Slowly baru boleh terima lah.

Ok nak share sikit pasal cost untuk crowning di Batu Pahat. 1 batang gigi adalah RM450 tapi Doc bagi diskaun jadi RM400, so kali 3 kena lah RM1200. Saya rasa compare to KL lagi murah di Batu Pahat. Wallahualam, through my reading lah.

Saya pakai temporary gigi nih for 2 weeks, next appointment pasang crown pulak.

Itulah serba sikit kenangan proses crown gigi...Part 2 mengusul, Insyallah.  

Comments

Post a Comment

Popular Posts