Tangkap budak meniru
Meniru ketika Ujian kecik adalah biasa, tapi meniru time exam besar memang tak boleh di maafkan. Baru-baru ni, kita jaga final exam, paper design bangunan. Design agak senang tapi nak ingat step mendesign memang payah.
How it was happened macam nih. Kita sedang jalan-jalan tengok student jawab soalan, tibe-tiba terpandang satu student pompuan duduk satu tempat paling hujung. Kita tengok student tu sedang membelek-belek kertas, cepat betul dia membelek, ingatkan dia belek soalan exam, rupanya-rupanya nota. Kita pun macam tengok nota tu, nota dari buku yang dipotostat. Wahh kita plak terkejut tengok budak tu meniru, Dia tak perasan langsung kita perhatikan dia. Terus kita bagitau kawan kitalah dia dah senior lecturer. Dia pi tempat budak tu. Budak tu leh belek2 sebab tak perasan lecturer belakang dia. Once dia perasaan slowly dia masukkan nota dalam kertas soalan. Lecturer tu suh dia keluarkan, siap main tarik-tarik lagi. Kesudahaannya nota diambil bersama slip peperiksaan.
Akibat meniru semasa final exam adalah kena tangguh pengajian.
Teringat dulu masa kita buat diploma ada kawan kita meniru time final exam, memang kena berhentikan untuk 1 semester, dan seorang lagi kawan didapati meniru 2-3 kali time tu kena tangguh pengajian 1 tahun. Mereka ni perempuan. Yang sorang tu dah jadi pengajar kat kolej mana tah.
Bila ada kes meniru ni, bila orang tu dah kerja, lagi-lagi kerja mengajar, rasa hormat macam dah kurang. Entahlah. Mungkin sebab bila kita mengajar kita akan suh student kita tak meniru, walhal kita meniru dulu. Unless kita betul-betul dah bertaubat. Biasa orang meniru ni, dia dikategorikan penipulah, menipu ekali lepas, dua kali lepas, akan ada suatu ketika dia akan tertangkap. Masa tu lah baru sedar.
Tu je bebelan kita hari ni.
Comments
Post a Comment