Yeah dapat gigiku semula

Ahad lepas, sedang sibok nak habiskan maruku, at last beat, kita perasan "Eh macam something mising je kat gigi depan kita ni?" cepat-cepat tengok cermin " waaa tampalan gigi depan dah tertanggal " so nampak lah gigi kita tersumpek. Rasa lain sangat, rasa macam ada dua gigi depan kita jarang. Esoknya dah masuk hari kerja, malulahh kalau gigi macam nih.

Hari Isnin, bila bangun pagi, tampalan gigi makin tertanggal, lagilah rasa horror. Pagi tu cepat2 pi klinik. Dentist tampak semula. Dia nak bg ubat bius tapi kita ckap kita pregnant. So dia suruh tahan sikit. Actually tak sakit mana pun. Dalam 15 minit, kita dapat gigi kita semula yeaaa.Total cost untuk tampalan hanyalah RM 38.

Nak cite skit pasal history gigi depan kita. Masa tahun 2004-2005, gigi depan kita menipis, so kalau tak de rawatan boleh jadi sumpek. Kita memang takut, sebab selalu noo kita nampak makcik2 gigi sumpek, kita tak naklah. Jadi kita buat tampalan pada belakang gigi. Masa tu kita buat kat klinik lain, adalah habis kat RM200, sebab lepas few months tampalan tak kuat. Klinik tu mmg mahallah, Lepas tu kita pi Australia. Sekali sekala balik Malaysia kita tampal lg gigi depan tu sebab macam goyang je tampalan. Masa kat Australia, masa tu sekali lagi tampalan goyang, sgt takot sebab charge nak tampal gigi mahal.

Nak tak nak kena tampal gak. Kebetulan kita temankan kawan kita pi tampal/cabut gigi. So kami pi klinik yang paling murahlah kat Melben tu, tapi mak oii jauhnya. Cost dia charge untuk tampalan gigi dekat AUD150. Mahal kan?Klu convert kat RM500. Padahal tampal sikit je. So now rasa sakit hati plak untuk gigi sumpek ni, banyaklah plak keluar duit nak fix kan dia sebelum ni. Rawatan hari ni yang totally tampalan semula cuma RM38. Beruntungnya lah kita duduk BP, ada gak klinik yang murah dan bagus.

Comments

Popular Posts