Keselesaan semasa mengandung


 Untuk pembaca blog yang sedang mengandung dan akan mengandung, kita just nak share berkenaan dengan keselesaan semasa mengandung.

Biasanya badan pregnant women ni panas, so kemungkinan akan rasa tak selesa pada sesetengah perkara. Lagi-lagi bila badan semakin membesar. Pakaian dalam atau luar kalau boleh biarlah selesa. 

Pakaian luar sepatutnya yang loose atau pun stretchable. Pakaian dalam pulak, kemungkinan akan bertukar saiz beberapa kali semasa mengandung. Ada sesetengah orang, seawal mengandung dah pakai nursing bra. For me belum lagi, sebab macam kita cakap sebelum ni dan kita ada terbaca, masa third trimester saiz bra akan bertambah. So kalau awal-awal dah pakai nursing bra takot tak muat pulak nanti. Wallahualam. Belum ada pengalaman ni lagi.

Sesetengah orang peha akan membesar, Ok like me. So panties yang sedia ada memang tak selesa nak guna. Rimas. So sebaiknya belilah yang besar sikit. Orang putih kata grandmother panties. Wahhh.
Carilah dari jenis cotton. Pure cotton. Pengalaman guna yang tak pure cotton sangatlah horrible. Bila peha membesar, wujud friction antara peha so kesannya tak selesa dan kalau hari panas timbul ruam. Kalau timbul ruam cepat-cepat pi klinik tau, doctor akan bagi ubat sapu. Biasa kalau pi klinik, rujuklah doctor yang perempuan ek, walaupun masalah ruam je. Tapi disebabkan pregnancy, biasa doctor nak tengok. Jangan malu! Sebab tu awal-awal kena bgtau nak rujuk doctor perempuan. Ruam ni kejap je hilang pas letak ubat.

Ada tak anda mengalami keadaan tak selesa masa mengandung? Apa?dan macam mana nak atasinya?
Share dalam comment below. Thank you :)

Comments

  1. Kak CT, memang tak selesa pun lagi-lagi bila dah 3rd trimester. sangat la kurang selesa..tapi ini adalah dugaan. Macam yanti, memalam panas ja memanjang..tido kene pakai aircon..pastu tido pun dah kurang selesa sebab baby dah berat, so tak leh dah tido menelentang, kene mengiring and perlu kan support..kalau tak sakit la pinggang..then bila dah kehujung ni, kaki cramp mmg selalu..so dokte sarankan pakai la stokin masa tido..

    Tapi itu semua ok ja, sekejap ja Allah duga kita untuk menanti orang baru...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Yanti, kita pun baru masuk 3rd trimester. Sama mcm Yanti kena tido pakai aircon. Nak beralih tido dari pun makk oiii sakit semua belakang heheh. Itulah dugaan tapi rasa nikmat jugak sakit2 nih :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts