A cute conversation

Semalam..
Satu student datang jumpa untuk discuss pasal project diorang,
Lepas discussion dia tersipu-tersipu nak cakap,

'Puan, kami satu group nak bagi something kat puan as token of appreaciation tolong kami dalam project ni, kalau boleh kami nak bagi puan satu yang praktical lah, puan nak apa?'

'Kalau kira praktikal, saya nak kete'

'Tu mahal sangat puan'

'Ala tak payah bagi apa-apalah, memang ini kerja saya'

' Kami nak bagi puan pampers Ok tak? Untuk anak puan.  Puan ada specific brand tak'

'Saya tak taulah saya first time nak ada anak'

'Oh kalau gitu nanti kami tanya tuan kedai brand apa yang bagus'

'Yelah, terima kasih :)'

Comments

Popular Posts